Hutang

Beza Antara CCRIS dan CTOS – Antara Perkara Anda Perlu Periksa Sebelum Membuat Pinjaman Rumah, Peribadi, Kereta atau Memohon Kad Kredit

Sebelum anda membuat pinjaman rumah atau kereta, kelayakan anda biasanya dinilai oleh pihak bank yang mengambilkira status CCRIS dan markah CTOS anda.

CCRIS, atau Central Credit Reference Information, diurus oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia manakala CTOS ialah syarikat persendirian yang menyediakan laporan kredit individu.

Kedua-dua entiti ini tidak memberi penilaian atau menyenarai hitam individu, tetapi hanya memberikan laporan kredit.

Bank yang akan membuat penilaian dan ‘menyenarai hitam’ permohonan anda sekiranya status CCRIS dan markah CTOS anda tidak memuaskan.

Ini perbezaan utama antara CCRIS dan CTOS:

  CCRIS CTOS
Pengurusan Biro Kredit, BNM Syarikat swasta
Sumber
maklumat
kredit
Bank
Syarikat insurans
Syarikat utiliti (telekomunikasi, elektrik, dsb)
PTPTN
Jabatan Pendaftaran Negara
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Jabatan Insolvensi Malaysia
Penerbitan warta,
prosiding undang-undang, dsb
Kandungan
Laporan
Status muflis
Kredit tertunggak
Permohonan kredit (12 bulan)
Akaun yang dipantau teliti oleh insitusi kewangan
Status muflis
Milikan perniagaan
Tindakan undang-undang(status kes, dsb)
Cara mendapatkan laporan Pejabat BNM MyCTOS

Sekiranya laporan/markah CCRIS atau CTOS anda negatif, anda harus menjelaskan semua bayaran tertunggak, berunding dengan bank, atau mendapatkan khidmat pengurusan semula pinjaman melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Laporan anda menjadi ‘bersih’ selepas anda melunaskan semua pembayaran tertunggak.

Pepatah Pepitih: Sentiasa jelaskan semua bayaran pinjaman mengikut masa agar penilaian CCRIS dan CTOS anda bagus. Ini akan memudahkan proses permohonan pinjaman atau kad kredit.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button