Cukai

Borang B atau BE? Bagaimana Mengisi Borang Cukai Individu Pendapatan (Bahagian 1 – Borang BE)

Musim cukai sudah bermula sejak 1 Mac lalu dan tarikh akhir untuk anda menyerahkan borang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2018 ialah pada 31 April bagi borang BE dan 30 Jun untuk Borang B.

Jika anda belum pernah mengisi borang cukai pendapatan, kami ada panduan mudah berikut.

Bekerja Dengan Majikan Atau Berniaga?

Secara ringkas, sekiranya anda seorang yang bekerja dengan majikan dan tidak mendapat sebarang pendapatan daripada perniagaan, anda harus mengisi Borang BE. Sekiranya anda menjalankan perniagaan dan mendapat pendapatan daripada perniagaan anda, borang yang perlu diisi ialah Borang B.

Bagaimana Mengisi Borang Cukai Pendapatan BE

Untuk artikel ini, kita akan melihat bagaimana anda mengisi borang cukai pendapatan; borang BE. Anda perlu mengisi borang ini sekiranya anda:

  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP))
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun

Anda boleh sama ada mengisi secara dalam talian melalui portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memuat turun borang ini daripada portal mereka.

Sebelum mengisi Borang BE, anda perlu mendapatkan borang EA daripada majikan anda. Borang EA ada menunjukkan nombor cukai anda dan juga menyatakan pendapatan anda untuk tahun 2018, dan sekiranya ada PCB – Potongan Cukai Bulanan – berapa banyak jumlah yang anda sudah bayar kepada LHDN sepanjang tahun.

Penting: majikan yang mengamalkan PCB sudah memotong anggaran cukai bagi pendapatan anda setiap bulan. Sekiranya anda terlebih bayar, anda akan mendapat pulangan cukai daripada LHDN.

Contoh Borang BE

Bahagian pertama borang ini memerlukan anda mengisi data peribadi dan ada maklumat penting tentang pembayaran cukai.

Bahagian tengah Borang BE

Seterusnya, anda perlu mengisi jumlah pendapatan anda dalam Bahagian B. Kebanyakan maklumat ini ada dalam Borang EA yang anda perolehi daripada majikan anda.

Bahagian B9 – Jumlah Pelepasan, cuma akan diperolehi selepas anda mengisi bahagian ketiga Borang BE di bawah (Bahagian F).

Sekiranya anda mengisi borang ini secara dalam talian melalui portal LHDN, semua kiraan dibuat secara automatik setelah mengisi jumlah dalam kotak yang disediakan.

Bahagian pelepasan cukai Borang BE

Senarai Pelepasan Cukai

Seterusnya, ada senarai pelepasan cukai. Katakan anda mendapat gaji RMXX,000 setahun. Jumlah ini belum jumlah yang perlu dicukai, tetapi perlu ditolak semua pelepasan yang tersenarai. Bahagian ini menyenarai dan mengira semua pelepasan anda.

Pelepasan penting yang perlu diberi perhatian termasuk pelepasan individu (F1 dalam borang – RM9,000), pelepasan untuk insurans nyawa dan KWSP (F15 -RM6,000), perbelanjaan perubatan serius dan penuh ( F6 dan F7 – RM6,000), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak RM6,000 (F-11), pelepasan perbelanjaan gaya hidup termasuk peralatan sukan, komputer, buku, telefon bimbit, dan sebagainya (F8 – RM2,500) serta pelbagai pelepasan lain.

Untuk semua pelepasan ini, anda harus menyimpan dokumen dan resit selama tujuh tahun, untuk tujuan audit LHDN.

Setelah ditolak semua pelepasan ini, barulah anda ada pendapatan boleh cukai dan cukai perlu dibayar dikira mengikut kadar peratusan cukai yang ditetapkan.

Sekiranya anda telah membayar jumlah ini atau lebih melalui PCB, anda akan mendapat pulangan cukai daripada LHDN.


Pepatah Pepitih: Anda mungkin telah terlebih membayar cukai jika majikan anda mengamalkan PCB. Isytiharlah pendapatan anda menerusi portal LHDN untuk langkah paling senang.


Gali Lagi:

  1. Portal LHDN: Klik Sini
  2. Muat Turun Borang BE: Klik Sini
  3. Soalan Lazim LHDN: Klik Sini
  4. Program Khas Pengakuan Sukarela untuk mereka yang tidak pernah mengisytihar cukai atau salah mengisytihar pendapatan: Klik Sini
  5. Panduan Mengisi Borang Cukai oleh iMoney: Klik Sini
  6. Bagaimana mengisi borang cukai pendapatan dalam talian oleh Permohonan.my: Klik Sini
  7. Video tentang Program Khas Pengakuan Sukarela: Klik Sini
  8. LHDN memerhatikan anda di media sosial: Klik Sini
  9. Risiko tidak mengisytihar cukai: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button