Gaya Hidup

Apa Itu E-Wallet: Cara Terkini Kehidupan Digital

Anda tentu pernah dengar tentang e-wallet. Tapi tahukah anda apa itu e-wallet sebenarnya dan apakah fungsinya dalam kehidupan seharian kita?

Apa itu E-Wallet?

E-wallet (atau Dompet Digital), berfungsi seperti dompet fizikal kita iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit, dan juga maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Untuk lebih terperinci, e-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana.

Kelebihan E-Wallet

  • Mengurangkan jumlah wang yang perlu dibawa ke mana-mana
  • Tidak perlu beratur panjang untuk keluarkan wang di ATM
  • Transaksi menjadi lebih cepat, tidak perlu tunggu wang baki
  • Boleh menyimpan rekod perbelanjaan, tidak perlu simpan setiap resit
  • Banyak peluang untuk mendapat pulangan wang dan diskaun

Kekurangan E-Wallet

  • Susah digunakan jika kedai penjual atau pedagang tidak mempunyai sambungan internet yang stabil dan laju
  • Risiko penipuan, sama seperti penggunaan perbankan internet
  • Terlalu banyak e-wallet di pasaran, tidak tahu hendak pilih yang mana satu

Bagaimana Menggunakan E-Wallet?

Mungkin ada sedikit perbezaan untuk setiap e-wallet, tapi prosesnya mudah dan lebih kurang sama.

Selepas memuatnaik e-wallet, pengguna hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut untuk digunakan. Sesetengah e-wallet juga membenarkan maklumat kad kredit atau akaun bank dihubungkan melalui aplikasi itu sendiri.

Pengeluaran pula bergantung kepada kemudahan setiap e-wallet. Sebagai contoh, GrabPay membenarkan pengguna untuk menggunakan baki yang ada untuk membayar tambang Grab, manakala Boost membolehkan pengguna membeli apa-apa saja di KK Speedmart. Hanya imbas kod QR dan anda sudah berjaya melakukan pembayaran. Baki wang anda di e-wallet akan ditolak, dan anda boleh masukkan seberapa banyak jumlah wang pada bila-bila masa jika baki tidak mencukupi.

Senarai E-Wallet Yang Ada Di Malaysia

Berikut adalah senarai e-wallet yang ada di Malaysia. Setiap e-wallet mempunyai keistimewaan mereka masing-masing, dan akan kami huraikannya di dalam artikel-artikel yang akan datang.

  1. Boost
  2. GrabPay
  3. WeChat Pay
  4. Touch n Go Wallet
  5. BigPay
  6. FavePay
  7. SamsungPay
  8. Paypal
  9. VCash
  10. MPay
  11. KiplePay
  12. RazerPay
  13. Ipay88
  14. Payfy
  15. MCash
  16. Setel
  17. UOB Mighty

Pepatah Pepitih: Sementara menunggu artikel kami yang selanjutnya, kami syorkan anda untuk mencuba salah satu daripada e-wallet ini.

Artikel Berhubungkait

Satu Komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button