Gaya Hidup

Berapa Kos Elektrik Menggunakan Pendingin Hawa?

Ramai yang mengadu di media sosial tentang suhu yang amat panas sekarang. Bil elektrik pada hujung bulan juga mungkin akan lebih tinggi daripada biasa.

Antara punca utama ialah penggunaan pendingin hawa untuk menyejukkan rumah. Tahukah anda, berapa banyak kos elektrik untuk penggunaan pendingin hawa?

1. Semak Watt Unit Pendingin Hawa

Mula-mula sekali, perhatikan berapa Watt penggunaan kuasa elektrik untuk unit pendingin hawa anda. Malangnya, di Malaysia kita selalu menggunakan ‘horsepower’ atau kuasa kuda untuk membezakan unit penghawa dingin. Untuk rujukan, 1HP untuk pendingin hawa = 746 Watts atau 0.746 kW bermakna, setiap jam, unit itu menggunakan 0.746kW tenaga elektrik. Namun, sesetengah pendingin hawa menggunakan 800W dan ke atas walaupun dilabelkan sebagai 1HP.

Pendingin hawa bersaiz sederhana biasanya 1.5HP. Untuk 1.5HP, ini bersamaan dengan 1.12kW.

2. Mengira kos pendingin hawa berdasarkan tarif elektrik

kos penghawa dingin
Tarif elektrik sejak 2018

Tarif elektrik untuk 200kW pertama ialah 0.218. Cara untuk mengira kos elektrik ialah dengan formula ini:

Jumlah penggunaan (dalam kW)XJumlah JamXKadar Tarif

Kos untuk menggunakan pendingin hawa 1.5HP selama 8 jam ialah 1.12 X 8 8 X 0.218 = RM1.95. Kalau digunakan setiap hari selama 8 jam untuk sebulan, 1.95 X 30 = RM58.59.

Ini kiraan untuk satu unit pendingin hawa 1.5HP. Sekiranya anda mempunyai beberapa pendingin hawa, atau unit pendingin hawa yang lebih besar, atau menggunakan lebih daripada 300kW elektrik sebulan, kos ini akan bertambah.

Anda boleh gunakan kaedah ini untuk mengira kos bil elektrik untuk semua alat elektrik di rumah anda.

Ada satu laman web oleh TNB Energy Services yang mengira secara lain dan menyatakan penggunaan pendingin hawa 8 jam sehari atau 240 jam sebulan menjadi RM4.93 sen. Kami fikir ini tidak realistik berbanding kiraan yang dibuat di atas.


Pepatah Pepitih: Berjimatlah penggunaan elektrik anda dan beri perhatian kepada penggunaan setiap alat elektrik yang anda pakai.


Gali Lagi:

  1. Kadar tarif elektrik oleh TNB: Klik Sini
  2. Penerangan 1HP pendingin hawa kepada Watt: Klik Sini
  3. Artikel tentang kos elektrik pendingin hawa oleh Soscili: Klik Sini

Satu Komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button