Gaya Hidup

Senarai E-Wallet Yang Ada Di Malaysia

Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa e-wallet yang ada di Malaysia dan ciri-ciri setiap e-wallet tersebut.

Jika anda belum tahu apa itu e-wallet dan bagaimana ia berfungsi, kami syorkan anda pergi baca dulu artikel kami sebelum ini yang menerangkan tentang e-wallet. Klik sini untuk baca artikel tersebut.

Ini bukan senarai penuh e-wallet yang ada di Malaysia, tetapi hanya beberapa. Untuk senarai penuh, anda boleh gali lagi di penghujung artikel ini.

1. Boost

e-wallet malaysia

Boost ialah antara e-wallet Malaysia yang terawal. Disebabkan itu, mereka mempunyai jumlah peniaga yang paling banyak, dengan lebih kurang 50,000 peniaga dalam aplikasi mereka.

  • Boleh digunakan di pasar malam dan dengan peniaga-peniaga kecil.
  • Boleh mendapat pulangan wang dengan beberapa cara.
  • Boleh meminta wang daripada keluarga dan rakan-rakan yang menggunakan aplikasi Boost.
  • Boleh digunakan untuk bayar bil di kedai secara berasingan apabila makan beramai-ramai.

2. Maybank Pay

e-wallet malaysia

Maybank Pay ialah e-wallet Malaysia yang digabungkan bersama aplikasi Maybank2u dan menjadi viral baru-baru ini apabila ramai mula bermain MAE. MAE adalah sebuah permainan dalam aplikasi yang membolehkan pengguna memenangi wang ringgit.

  • Memudahkan pemindahan wang ringgit antara akaun Maybank.
  • Boleh memenangi wang ringgit dengan berkongsi kod jemputan ke permainan MAE kepada kenalan, pengikut media sosial, keluarga dan rakan-rakan.
  • Boleh meminta wang daripada keluarga dan rakan-rakan yang menggunakan aplikasi MaybankPay.

3. GrabPay

e-wallet malaysia

GrabPay boleh menjadi e-wallet Malaysia kegemaran anda jika anda merupakan penguna tegar GrabCar dan GrabFood. Anda akan dapat lebih banyak diskaun, kredit dan mata ganjaran.

  • Mempunyai sistem mata ganjaran dan sistem keahlian berperingkat.
  • Sistem keahlian berperingkat mereka bermula daripada Keahlian GrabRewards ke Keahlian Platinum. Peringkat yang lebih tinggi memudahkan pengguna mendapat lebih banyak ganjaran.
  • Boleh memasukkan wang ke dalam GrabPay menggunakan wang tunai di 7-11.

4. BigPay

BigPay ialah e-wallet Malaysia yang paling sesuai untuk pengguna-pengguna yang sering melancong atau mempunyai urusan luar negara.

  • Tiada yuran pemprosesan kad kredit jika menempah tiket penerbangan AirAsia menggunakan BigPay.
  • Pengguna boleh melakukan penukaran mata wang dalam aplikasi BigPay.
  • Pengguna juga akan dapat sekeping kad prabayar BigPay dan kad boleh digunakan untuk mengeluarkan wang daripada ATM.
  • Mempunyai fungsi pengurusan wang dalam aplikasi.
  • Boleh digunakan untuk pelbagai pembelian dalam talian.

6. Touch n Go e-wallet

Touch n Go e-wallet boleh digunakan untuk pelbagai benda tapi apa yang paling menarik adalah kegunaan mereka untuk membayar tol.

  • Buat masa sekarang, Touch n Go e-wallet boleh digunakan di lebuhraya DUKE, LKSA dan SMART sahaja.
  • Pengguna tidak perlu menambah nilai ke kad Touch n Go di kaunter terhad selepas ini apabila Touch n Go e-wallet boleh digunakan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pepatah Pepitih: Tiada e-wallet Malaysia yang boleh digelar e-wallet terbaik, pengguna hanya perlu memilih yang paling sesuai untuk kegunaan mereka.

Gali Lagi:

  1. Apa Itu E-Wallet: Klik Sini
  2. Artikel tentang E-Wallet di iMoney: Klik Sini
  3. Artikel FreeMalaysiaToday tentang E-Wallet: Klik Sini
  4. Artickel ECInsider tentang E-Wallet: Klik Sini
  5. Artikel TechRakyat: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button