Kerajaan Pantau Penjualan Topeng Muka

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau penjualan topeng muka termasuk harga jualan susulan kes virus Wuhan Coronavirus yang meningkat di negara ini.
Menurut menteri Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan akan memastikan bekalan topeng muka mencukupi untuk warga Malaysia.
KPDNHEP, katanya, telah pun menggesa pengeluar topeng muka untuk meningkatkan pengeluaran demi memastikan bekalan mencukupi serta membanteras penjualan dengan harga tinggi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Saifuddin dilaporkan berkata topeng muka, selain daripada dibuat di Malaysia, turut diimport dari Eropah dan China. Walau bagaimanapun, topeng muka adalah barang terkawal dan menjadi kesalahan bagi peniaga untuk menaikkan harga sesuka hati.
Justeru itu beliau menyeru orang ramai untuk melaporkan kepada kementerian sekiranya terdapat kes pencatutan harga untuk topeng muka.
Pepatah Pepitih: Sila bertenang dan jangan panik dengan penyebaran coronavirus terbaru ini. Sekiranya benar-benar berbahaya, kerajaan akan memberitahu masanya untuk memakai topeng muka, dan masanya belum tiba.
Gali Lagi:
- Laporan Bernama: Klik Sini
- Laporan New Straits Times: Klik SiniĀ