Berita

Kerajaan Tangguh Perlaksanaan Program Subsidi Petrol

Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan perlaksanaan Program Subsidi Petrol yang dijadualkan pada bulan Januari ini kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sebuah kenyataan media berkata, penangguhan ini bertujuan untuk memberi sesi penerangan dan penjelasan kepada rakyat.

“Ia termasuk memberi ruang untuk proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” ujar beliau.

Sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi pelaksanaan PSP menerusi Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima seramai lapan juta orang daripada kelompok B40 dan M40.
Pepatah Pepitih: Berita ini ada baik dan ada buruknya. Yang baik, kita masih menikmati subsidi petrol untuk semua orang, tak kira berdaftar sebagai penerima subsidi atau tidak. Yang buruknya, subsidi ini akan ditamatkan dan penerima harus menjalani proses pendaftaran yang belum tentu sempurna. Maka, pergilah daftar secepat mungkin.
Gali Lagi:
1. Laporan Astro Awani: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button