Berita

E-Wallet Touch N Go Diterima di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Pengguna e-wallet Touch N Go e-Wallet kini boleh membuat pembayaran di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dengan menggunakan aplikasi itu sahaja tanpa sebarang pembayaran Tunai.

Perkhidmatan yang disediakan syarikat Touch N Go ini sekaligus menjadikan TBS sebagai terminal bas tanpa tunai kedua di negara ini, susulan perlaksanaan pembelian tiket tanpa tunai di Terminal Amanjaya di Ipoh, Perak.

Pada masa yang sama Kementerian Pengangkutan juga sedang berusaha untuk memastikan semua terminal pengangkutan bas awam di seluruh negara dapat melaksanakan sistem pembelian tiket menggunakan e-wallet.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata pihak kerajaan akan melaksanakan pembayaran tanpa tunai di terminal bas seluruh negara secara berperingkat.

“Kalau boleh kita mahu semua (terminal guna sistem tanpa tunai) tapi kita kena lihat juga kepada kemudahan yang ada dan keadaan di terminal, jadi yang belum ada kemudahan CTS mungkin sukar untuk kita bagi satu tempoh masa,” katanya dalam sebuah laporan berita.

Pepatah Pepitih: Harapnya e-wallet dan kad debit/kredit dapat diterima di semua plaza tol demi memudahkan semua.

Gali Lagi:

  1. Laporan Bernama: Klik Sini
  2. Laporan The Star: Klik Sini

 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button