Uncategorized

Bantuan Sara Hidup Telah Mula Disalurkan

Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 telah dilaksanakan mulai 20 Januari.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pembayaran kali ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1 billion yang akan dimanfaatkan hampir 3.8 juta penerima BSH (kategori isi rumah).

“Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019,” katanya dalam sebuah kenyataan di Putrajaya.

Katanya, bagi memastikan program kali ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari hingga 15 Mac ini.

“Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020.”

“Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat; pemohon orang kelainan upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam sebuah laporan berita.

Pepatah Pepitih: Sila periksa sekiranya anda layak menerima BSH.
Gali Lagi:
1. Laporan Harian Metro: Klik Sini
2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button