Berita

Sistem RFID Dilaksanakan di 24 Lebuh Raya

Mulai 1 Januari, sebanyak 62 plaza tol telah melaksanakan sistem RFID, meliputi 24 buah lebuh raya.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia, berikut merupakan senarai lebuh raya yang bakal melaksanakan sistem RFID:

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
Plaza Tol Kempas
Plaza Tol Jitra
Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
Lebuhraya KL-Karak (KLK)
Lebuhraya Lingakaran Kajang (SILK)
Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
SMART Lebuhraya Terowong
Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
Jambatan Pulau Pinang (JPP)
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
Plaza Tol Ampangan

Penggunaan pembayaran RFID dijangka menjamin lalu lintas yang lebih lancar di plaza tol kerana anda tidak lagi perlu berhenti di kaunter tol untuk bayaran fizikal. RFID juga akan memastikan urus niaga tol yang lebih mudah dan lancar serta penjimatan kos penyelenggaraan.

Kepada pengguna pula, mereka boleh membuat semakan baki secara mudah dalam talian, sekaligus mengurangkan masalah operasi, terutamanya dengan penggunaan perkhidmatan SmartTAG.

Pepatah Pepitih: Kemudahan pembayaran semakin mudah. Tetapi wang anda harus diuruskan dengan cermat.

Gali Lagi:

  1. Pengumuman LLM: Klik Sini
  2. Artikel RinggitPlus: Klik Sini

 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button