Berita

Gaji Minimum RM1200 Berkuatkuasa Bulan Februari!

Perintah perlaksanaan gaji minimum RM1200 akan berkuatkuasa mulai bulan ini, mengikut warta kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia.

Perintah gaji minimum baharu yang dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, sudah diwartakan, namun, kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.

Pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan atau RM5.77 sejam di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan atau RM5.29 sejam selain wilayah bandar utama adalah berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan mengikut Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

Menurut laporan Berita Harian, beberapa kesatuan termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan kadar gaji minimum ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Bandar raya utama yang terbabit ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Bharu.

Perintah ini juga bakal dilaksana di Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

Pepatah Pepitih: Jika anda dibayar di bawah tahap gaji ini, silalah laporkan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Gali Lagi:

  1. Laman Web Kementerian Sumber Manusia: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini
Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close