E-Tunai Sudah Dilaksanakan, Mohon dan Tebus Segera!

Bermula 15 Januari lalu Kementerian Kewangan telah pun melaksanakan program tanpa tunai e-Tunai Rakyat seperti yang telah Pepitih laporkan baru-baru ini.
Sejumlah RM 450 juta bakal disalurkan kepada 15 juta penerima e-Tunai yang layak, menerusi tiga buah laman e-wallet yang utama iaitu Boost, Grab dan Touch N Go.
Caranya mudah saja – ikut langkah-langkah yang dinyatakan oleh aplikasi e-wallet Boost, Grab dan Touch N Go. Jika anda tidak mempunyai e-wallet ini, anda boleh memuat turun di App Store atau Google PlayStore.
Sekiranya anda masih belum menebus RM30 ke dalam e-wallet anda, tarikh tutup untuk memohon program e-Tunai Rakyat adalah pada 9 Mac depan.
Pada yang layak, anda hendaklah menggunakan RM 30 ini sebelum tarikh luput penggunaan pada 14 Mac kelak. Jika anda ialah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 anda layak untuk menikmati program ini.
Menurut menteri kewangan Lim Guan Eng, program ini adalah usaha untuk menggalakkan pembayaran digital dalam kalangan rakyat dan pada masa sama menggalakkan peniaga dan pedagang untuk berdaftar dan seterusnya menjual secara dalam talian.
Pepatah Pepitih: Ada kerisauan tentang perkongsian data peribadi untuk mendapatkan RM30 ini, tetapi Kerajaan sememangnya sudah memiliki data peribadi kita dan kemungkinan besar inisiatif ini hanya untuk memeriksa sama ada pengguna e-wallet itu benar-benar rakyat Malaysia yang layak. Sebenarnya, halaman media social dan pembelian dalam talian mengumpul lebih banyak maklumat peribadi kita dan kita dilindungi Personal Data Protection Act (PDPA).
Gali Lagi: