Berita

Malaysia Antara 20 Negara Terjejas Akibat Panggilan Palsu

Malaysia adalah antara 20 buah negara yang terlibat dalam kegiatan panggilan palsu, menurut sebuah tinjauan daripada syarikat Truecaller.

Bukan itu sahaja, Malaysia turut mencatatkan jumlah panggilan palsu/ penipuan (scam) sebanyak 63 peratus berbanding negara lain seperti Lebanon, Nigeria, Sri Lanka dan Australia.

Menurut laporan berita Sinar Harian pula, kegiatan jenayah penipuan melibatkan kewangan kini turut menjadikan golongan profesional dan berpelajaran tinggi sebagai sasaran utama mereka.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kegiatan ‘Macau Scam’ kebanyakannya melibatkan panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM) atau agensi-agensi lain.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan suspek pula terdiri daripada pelbagai bentuk antaranya penipuan pinjaman bank, penggunaan kad kredit, penculikan dan tebusan, pembebasan tahanan, saman PDRM dan mahkamah, hadiah cabutan bertuah, pakej pelancongan serta banyak lagi.

Pepatah Pepitih: Berhati-hati dengan panggilan telefon. Mahkamah tidak akan membuat panggilan telefon, sebaliknya menghantar surat untuk semua komunikasi.

Gali Lagi:

  1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
  2. Laporan NST: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button