
Desas-desus sama ada kerajaan akan menaikkan harga bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) terjawab apabila Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan tiada kenaikan harga kereta atas jalan (OTR) terhadap kenderaan jenis tersebut pada tahun ini.
Menurut presiden MAA Datuk Aishah Ahmad dalam sebuah laporan Bernama, kerajaan melalui Kementerian Kewangan memutuskan untuk menyerap perbezaan harga OTR bagi model tertentu sehingga 30 Disember tahun ini.
Sebarang kenaikan harga OTR (untuk model tersebut) akan diserap sepenuhnya atau dikecualikan oleh MoF pada tahun ini dan perbezaan duti untuk tahun-tahun sebelum ini akan turut dikecualikan, berkuat kuasa serta-merta, katanya dalam sebuah taklimat kepada media baru-baru ini.
Rundingan lanjut akan dilakukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, MoF dan penggiat industri untuk menentukan harga kenderaan berdasarkan harga pasaran terbuka (OMV) selepas tahun 2020.
Menurut laman portal PaulTan, OMV berdasarkan pengiraan baru ini bertujuan untuk menetapkan satu cara pengiraan baru yang lebih telus untuk semua pengeluar kereta.
Pepatah Pepitih: Sebelum membeli kereta, kira dulu keperluan anda, sama ada lebih jimat berkereta atau menggunakan pengangkutan awam.
Gali Lagi: