Berita

Diskaun 18% di Lebuhraya PLUS Mulai Februari

Seluruh lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan mengalami pengurangan kadar tol sebanyak 18% bermula Februari ini.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laporan berita, keputusan itu diambil kabinet setelah mesyuarat kabinet pada 15 Januari lalu memutuskan untuk tidak menjual lebuhraya tersebut kepada mana-mana pihak persendirian.

D Mahathir berkata, syarikat Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemilik kepada lebuhraya tersebut.

Dr Mahathir berkata kerajaan sudah menjalankan kajian ke atas semua tawaran dan bidaan dibuat oleh pihak swasta yang berminat untuk membeli Plus.

Pada masa sama Dr Mahathir menjelaskan, walaupun tidak dijual, Plus dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18 peratus dab tiada kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya kendalian Plus.

Pepatah Pepitih: Pengurangan kadar tol sebanyak 18% dan kadar tol dikekalkan tanpa kenaikan selama beberapa dekad ini bagus, dan harapnya akan ada masa apabila negara cukup kaya untuk menyediakan kemudahan seperti lebuhraya tanpa tol, seperti yang dijanjikan.

Gali Lagi:

  1. Laporan Astro Awani: Klik Sini
  2. Laporan MalaysiaKini: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button