Berita

Rakyat Malaysia Terima Gaji Rendah Tahun Hadapan

Rakyat Malaysia bakal menghadapi penyusutan gaji ketara berikutan inflasi yang dijangka naik dari 1.0% kepada 2.1% pada tahun hadapan. Harga barang dijangka naik dan ini akan memberi kesan kepada nilai kenaikan gaji.

Menurut kajian yang dilakukan oleh firma konsultansi global, ECA International, walaupun kenaikan gaji nominal kekal pada 5.0%, kadar inflasi tinggi hanya akan menyebabkan rakyat Malaysia menikmati kenaikan pada kadar 2.9% sahaja.

Perkara ini menyebabkan Malaysia terkeluar daripada senarai 10 negara Asia Pasifik yang mencatatkan kadar kenaikan gaji yang tinggi.

“Peningkatan gaji sebenar purata di rantau Asia Pasifik (AP) dianggarkan 3.2%, jauh lebih tinggi daripada purata global 1.4% dan hampir tiga kali purata Eropah sebanyak 1.1%,” kata pengarah serantau ECA International, Lee Quane dalam sebuah laporan berita.

Kenaikan gaji di Asia merupakan pola sejak bertahun-tahun, disebabkan oleh inflasi yang rendah dan peningkatan produktiviti di banyak ekonomi Asia, menyebabkan pertumbuhan pesat gaji berbanding dengan benua lain, katanya.

Pepatah Pepitih: Urus kewangan anda dengan bijak. Bacalah Pepitih.

Gali Lagi:

  1. Laporan TheEdge: Klik Sini
  2. Laporan TheMalaysianReserve: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button