Cukupkah RM1,870 Sebulan Untuk Orang Bujang? Buku Panduan BelanjawanKu

Kecoh baru-baru ini apabila Buku Panduan BelanjawanKu yang menyatakan orang bujang perlukan RM1,870 untuk perbelanjaan minimum bulanan ke atas pelbagai barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh setiap isi rumah bagi taraf hidup yang selesa.
Buku itu dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.
Jumlah RM1,870 itu ialah kadar minimum untuk seorang bujang yang hanya menggunakan pengangkutan awam. Kalau berkereta, dia memerlukan RM2,490 sebulan.

Buku Panduan BelanjawanKu turut memberi panduan perbelanjaan untuk pasangan berkahwin, pasangan yang mempunyai anak dan warga emas.

Panduan perbelanjaan minimum untuk pasangan berkahwin dengan anak atau warga emas daripada Buku Panduan BelanjawanKu
Kadar minimum ini menunjukkan yang kadar gaji minimum RM1,100 sebulan tidak cukup untuk warga Malaysia.
Kami ingin bertanya kepada pembaca Pepitih – adakah perbelanjaan anda setiap bulan sama dengan saranan ini?
Sila e-mel hello@pepitih.com dengan maklumat sama ada anda bujang, berkahwin, ada atau tiada anak atau anda warga emas. Senaraikan perbelanjaan bulanan anda mengikut kategori dalam Buku Panduan BelanjawanKu.
Pepatah Pepitih: Mari kita buat kajiselidik tidak formal, berapa yang kita perlu untuk hidup setiap bulan. Klik sini untuk tahu bagaimana nak mulakan jurnal perbelanjaan.
Gali Lagi: