Berita

Bonus Aidilfitri Untuk Penjawat Awam di Perak, Pulau Pinang

Kakitangan awam di Perak dan Pulau Pinang bakal menerima bonus sempena perayaan Aidilfitri bermula 16 Mei ini.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 negeri tersebut pada November lalu.
“Separuh daripada bayaran telah kita masukkan ke dalam akaun pada Disember lalu dan bakinya akan kita berikan pada 16 Mei ini sama ada baki dari sebulan gaji atau minimum RM2,000,” katanya dalam sebuah laporan.
Dianggarkan seramai 13,390 penjawat awam di negeri tersebut bakal menerima bonus ini.
Daripada jumlah tersebut, 5,643 orang merupakan kakitangan di Jabatan Negeri; 1,705 di Pentadbiran Tanah dan Daerah; 4,683 di Pihak Berkuasa Tempatan dan 1,359 di Badan Berkanun Negeri.
Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 3,905 penjawat awam negeri tersebut.
Bayaran khas ini melibatkan peruntukan berjumlah RM5.27 juta.

Pepatah Pepitih: Gunakan bonus Aidilfitri dengan bijak – apa kata melabur dalam ASB, atau SSPN-i?

Gali Lagi:

  1. Laporan Astro Awani: Klik Sini
  2. Laporan Sinar Harian: Klik Sini

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button