BeritaGaya HidupPromosi
Grab Tawar Potongan Istimewa Sempena Ramadan dan Syawal

Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, applikasi Grab Malaysia telah menawarkan #PekSenangRaya yang menyediakan pelbagai diskaun dalam dan luar talian bernilai sehingga RM600.
Para pelanggan Grab boleh mendapatkan mendapatkan #PekSenangRaya mulai 7 Mei hingga 17 Jun 2019 untuk menikmati potongan 20% di restoran atau membuat pesanan melalui GrabFood daripada restoran seperti Domino’s atau Baskin Robbins.
Pelanggan turut berpeluang menikmati diskaun 20% apabila membuat pesanan ke restoran McDonald’s melalui GrabFood.
Bukan itu sahaja, pelanggan turut mendapat rebat 20% apabila membeli-belah di kedai FashionValet dan Poplook.
Caj penghantaran pesanan atapun parcel dapat dijimatkan dengan potongan 20% apabila pelanggan membayar perkhidmatan tersebut melalui GrabPay.
Pek ini boleh didapati dengan harga serendah RM2 sahaja dalam aplikasi Grab.
Pelanggan Grab hanya perlu memastikan mereka memiliki dana yang mencukupi dalam e-wallet GrabPay untuk membeli pek ini.
Selain itu, Grab akan memasukkan Widget bertemakan Ramadhan dalam aplikasi bagi menyediakan waktu solat dan lokasi masjid berhampiran bagi membantu pelanggan memenuhi tuntutan agama.