BeritaGaya Hidup

Cukai Gula Bukan Untuk Air Berbancuh

Jabatan Kastam Negara sekali menegaskan cukai gula yang telah mula dilaksanakan pada 1 Julai lalu hanya untuk minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi dari nilai ambang (threshold) yang ditetapkan dan minuman yang sedia untuk diminum. Ini tidak termasuk minuman di kedai-kedai makan yang dibancuh, seperti teh tarik, kopi susu dan sebagainya.

Menurut jabatan itu melalui ruangan soalan lazim (FAQ) di laman web rasminya, duti eksais yang dikenakan ke atas minuman bergula adalah pada kadar spesifik RM 0.40/liter.

Minuman Bergula adalah minuman yang mengandungi gula samada ianya di tambah atau wujud secara semulajadi dalam minuman tersebut. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai Sweetened Beverages.

Duti eksais ini dikenakan untuk mengurangkan kebolehdapatan serta masalah kesihatan terutamanya masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit (Non-Comunicable Diseases) di kalangan
penduduk Malaysia.

Duti eksais perlu dibayar oleh pengimport dan juga pengilang-pengilang tempatan minuman bergula.

Para pengguna perlu melaporkan kepada pihak berkuasa ataupun persatuan pengguna sekiranya restoran atau kedai makan yang anda kunjungi menaikkan harga minuman atau makanan sewenang-wenangnya atas alasan duti eksais kerana mereka terkecuali daripada membayarnya.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.customs.gov.my

Pepatah Pepitih: Kurangkan minum minuman bergula demi kesihatan tubuh badan dan kesihatan kewangan anda. Ingat orang tersayang.

Gali Lagi:

  1. Laman Soalan Lazim Jabatan Kastam Negara: Klik Sini
  2. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
  3. Laporan Sinar Harian tentang pengecualian minuman berbancuh di restoran: Klik SIni

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button