Uncategorized

Telekom Malaysia Lancar Aplikasi myunifi 

Telekom Malaysia telah melancarkan aplikasi myunifi bagi memudahkan pemilik akaun unifi untuk menyelesaikan urusan pembayaran, aduan perkhidmatan dan hal-hal berkaitan di satu tempat.

Aplikasi ini yang kini boleh didapati melalui sistem Android dan iOS, menggabungkan semua jenis perkhidmatan berkaitan unifi fiber, unifi mobile dan unifi broadband.

Menurut Telekom Malaysia, melalui aplikasi myunifi, pengguna dapat boleh menikmati langganan mudah perkhidmatan unifi, menetapkan masa pemasangan perkhidmatan ini dan memantau perkembangan pemasangan akaun ini.

Selain itu, pengguna juga dapat berinteraksi secara langsung dengan ejen unifi untuk sebarang masalah berkaitan servis mereka.

Lebih menarik, pengguna juga boleh menerima mata ganjaran untuk setiap ringgit yang telah dibelanjakan. Mata ganjaran boleh ditebus dengan tawaran di laman-laman terpilih seperti Zalora dan sebagainya.

Walaupun anda tidak perlu mendaftar akaun anda untuk menggunakan aplikasi ini, anda disarankan untuk berbuat demikian untuk mengetahui maklumat akaun anda dengan lebih tepat, serta menikmati ganjaran yang dinyatakan diatas.

Untuk maklumat lanjut layari https://unifi.com.my/personal/myunifi/index.html

Pepatah Pepitih: Gunakan kemudahan dengan bijak. Kalau anda memang pengguna Unifi, kumpul mata ganjaran dan tebus dengan barangan atau promosi yang berjalan.
Gali Lagi:
1. Laporan TheStar: Klik Sini
2. Laman web Unifi: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button