Berita baik untuk semua petani dan bakal petani - Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) menyediakan Geran Agropreneur Muda untuk mengembang atau memulakan projek usaha tani anda!

Jenis Kegiatan:
- Tanaman
- Ternakan
- Perikanan
- Industri Asas Tani
- Agropelancongan
- Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri
Jenis Bantuan:
- Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif.
- Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) (Kategori Projek Permulaaan SAHAJA).
- Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sedia ada (Projek Pengembangan SAHAJA):
- Agrobank - RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
- TEKUN Nasional - sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur di antara 18 hingga 40 tahun
- Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan
- Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.
Untuk keterangan lanjut tentang proses permohonan, sila ke laman web MOA di sini.
Pepatah Pepitih: Pertanian itu satu perniagaan. Manfaatkan semua insentif yang ada demi membina industri tani yang maju untuk negara.