BeritaGaya Hidup

Dapatkan Pas Perjalanan Tanpa Had MY50 dan MY100 RapidKL

Bermula 1 Januari 2019, semua warganegara Malaysia berpeluang mendapatkan Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 untuk semua servis tren dan bus RapidKL iaitu LRT, MRT, BRT, Monorel, dan bas RapidKL Pas ini boleh digunakan tanpa had selama sebulan.

Foto Rapid KL.
Sumber: RapidKL

MY100 boleh digunakan untuk semua servis tren dan bas RapidKL. Tinjauan Pepitih menunjukkan kalau setiap hari selama sebulan, seorang yang mengambil tren daripada stesen LRT Abdullah Hukum mahu ke stesen MRT Mutiara Damansara, perjalanan satu hala sahaja sudah memakan belanja RM5.10. Kalau dua perjalanan setara setiap hari, jumlah yang dibelanjakan sebulan ialah RM306.

Foto Rapid KL.
Sumber: RapidKL

Sementara itu, MY50 boleh dipakai untuk semua perkhidmatan bas RapidKL. Tinjauan kami sekali lagi menunjukkan yang pada penggunaan jarak sederhana, tambang bas boleh mencecah RM3 satu hala (jarak empat zon RapidKL). Anggaran kasar sebulan ialah RM180.

Justeru, ternyata MY100 dan MY50 memberi penjimatan yang amat menarik. Anda boleh mendapatkan pas-pas ini di:

  • semua stesen LRT
  • semua stesen MRT
  • semua stesen Monorail
  • semua stesen BRT

Lima stesen bas di bawah:

  • Pasar Seni  
  • Seksyen 2, Shah Alam  
  • Sri Nilam  
  • Greenwood  
  • Terminal Kajang

Sila dapatkan maklumat lengkap MY100 dan MY50 di laman web RapidKL.

Pepatah Pepitih: Sekiranya anda berjaya menjimatkan kos pengangkutan sebanyak RM100 sebulan, dan melaburkan duit itu ke dalam Amanah Saham Bumiputera dengan kadar pulangan 7% setahun, selepas lima tahun anda akan ada RM6,900 – cukup untuk mengerjakan ibadat Umrah atau bercuti ke Jepun.

Sumber: RapidKL

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button