Gaya HidupSimpanan

Caj Mesin ATM yang Mungkin Mengejutkan Anda

Automated Teller Machine atau ATM amat memudahkan urusan perbankan kita, terutamanya untuk mengeluarkan wang.

Namun, penggunaannya bukanlah percuma. Jika anda menggunakan mesin ATM bank lain, anda mungkin dikenakan caj RM1, dan
jika anda gunakan rangkaian ATM bank asing di Malaysia, caj yang dikenakan ialan RM4, atau lebih, untuk sekali penggunaan.

Itu mungkin ramai yang maklum, tetapi tahukah anda, semua bank mengenakan bayaran untuk penggunaan ATM melebihi had yang ditentukan oleh bank masing-masing?

Ada bank yang menetapkan empat kali pengunnaan percuma untuk sebulan, dan penggunaan seterusnya akan dicaj 50 sen sekali. Ada bank yang beri penggunaan percuma sebanyak lapan kali dan mungkin mengecaj sehingga RM1 untuk pengunaan selebihnya.

Eloklah kita tanya bank kita tentang caj yang dikenakan untuk penggunaan rangkaian ATM masing-masing.

Pepatah Pepitih: Kaedah pembayaran elektronik melalui telefon mudah alih, atau mobile wallet,  membolehkan kita mengurangkan penggunaan wang tunai justeru mengelak caj-caj mesin ATM.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Back to top button