BeritaUsahawan

Dapatkan Dana Untuk Projek Tani Anda Daripada Geran Agropreneur Muda 2019

Berita baik untuk semua petani dan bakal petani – Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) menyediakan Geran Agropreneur Muda untuk mengembang atau memulakan projek usaha tani anda!

Cepat! Tarikh tutup permohonan fasa pertama pada 31 Januari 2019!

Jenis Kegiatan:

  1. Tanaman
  2. Ternakan
  3. Perikanan
  4. Industri Asas Tani
  5. Agropelancongan 
  6. Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri

Jenis Bantuan:

  1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif.
     
  2. Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) (Kategori Projek Permulaaan SAHAJA).
     
  3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sedia ada (Projek Pengembangan SAHAJA):
    • Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
    • TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek 

Syarat kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur di antara 18 hingga 40 tahun
  3. Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan
  4. Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.

Untuk keterangan lanjut tentang proses permohonan, sila ke laman web MOA di sini.

Pepatah Pepitih: Pertanian itu satu perniagaan. Manfaatkan semua insentif yang ada demi membina industri tani yang maju untuk negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button