BeritaCukai

Google Laksana Cukai Digital Bulan Hadapan

Syarikat carian Internet terbesar di dunia Google akan mengenakan cukai digital sebanyak enam peratus mulai Januari 1, 2020.
Menurut laporan Nikkei Asian Review yang memetik jurucakap syarikat itu berkata, syarikat tersebut hanya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia. Google juga turut mengambil langkah yang sama di Singapura bermula tahun hadapan.
 Cukai digital dijangka akan memberi kesan kepada perkhidmatan luar seperti Netflix dan Spotify, perkhidmatan pengiklanan digital yang ditawarkan oleh syarikat seperti Google dan syarikat pengedaran permainan digital seperti Steam.
Malaysia memperkenalkan cukai sebanyak enam peratus pada 1 Januari 2020 bagi perkhidmatan digital seperti muat turun aplikasi dan penstriman video daripada pembekal asing yang melangkaui jumlah hasil tertentu di negara ini.

Langkah itu dilaksanakan bagi meningkatkan hasil cukai dan persaingan sihat untuk peruncit domestik.

Pepatah Pepitih: Berbelanjalah dengan bijak dengan perkhidmatan digital luar dan tingkatkan penggunaan khidmat tempatan!
Gali Lagi:
1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
2. laporan Berita Harian: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button