BeritaGaya Hidup

Caj Penghantaran GrabFood Meningkat Hingga RM9

Caj penghantaran Grab Food meningkat daripada harga lazim RM5 hingga RM9, bergantung kepada lokasi penghantaran.

Menurut laporan The Star, Grab Malaysia telah menukar caj perkhidmatan Grab Food berdasarkan sistem jarak perjalanan. Sistem ini dilaksana demi meluaskan pilihan makanan atau rangkaian restoran kepada pengguna.

Harga penghantaran akan meningkat sekiranya pesanan dibuat kepada lokasi peniaga yang lebih jauh. Menurut Grab, sistem ini diwujudkan untuk memberi imbuhan yang lebih baik kepada penghantar makanan.

Selain itu, Grab juga telah menghentikan kesemua langganan bulanan dan Pelan GrabFood Deluxe akan ditamatkan pada 13 Disember.

Buat masa ini, perkhidmatan Grab Food boleh didapati di GrabFood Lembah Klang, beberapa lokasi di Melaka, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor dan Kuching.

Mulai 12 haribulan Disember nanti, perkhidmatan ini boleh didapati di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Miri, Bintulu, Negeri Sembilan, Batu Pahat, Muar, Alor Setar, Sungai Petani, Langkawi, Ipoh dan Taiping.

Pepatah Pepitih: Cara menjimatkan perbelanjaan dan memastikan pemakanan sihat ialah dengan memasak sendiri di rumah. Pelajari beberapa resipi mudah dan kawal pemakanan anda untuk memngekalkan kesihatan yang baik.

Gali Lagi:

  1. Laporan The Star: Klik Sini
  2. Tentang GrabFood: Klik Sini 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button