Berita

Kerajaan Longgar Syarat Untuk Keluarga Anak Ramai

Kerajaan sedia memberi kelonggaran kepada keluarga dengan anak yang ramai dalam penguatkuasaan undang-undang  penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak – juga dikenali sebagai sistem pengendalian kanak-kanak atau CRS.
 
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar dilaporkan berkata kerajaan sedar agak sukar bagi keluarga besar menggunakan CRS dalam kenderaan mereka kerana ia membabitkan kos yang tinggi.  
 
Demi memastikan penguatkuasaan CRS tidak membebankan, kerajaan berusaha untuk mendapat pengecualian duti import bagi produk tersebut.

Untuk penjualan kerusi keselamatan itu, Kamaruddin berkata produk tersebut akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekitar lima peratus sahaja.

Kerajaan juga berusaha untuk menguatkuasakan pelaksanaan penggunaan tali pinggang bagi penumpang bas ekspres.

Pepatah Pepitih: Pelaburan paling penting ialah untuk memastikan nyawa anak kita tidak terancam. Silalah gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak bagi melindungi anak-anak kita.

Gali Lagi:

  1. Laporan MalaysiaKini: Klik Sini
  2. Laporan FreeMalaysiaToday: Klik Sini

 

Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close