Waze Bantu Rancang Perjalanan Dengan Anggaran Tol

Kini aplikasi pandu arah dan lalu lintas Waze akan memaparkan anggaran harga tol berpandukan kepada arah perjalanan pengguna.
“Kini perjalanan tambah lancar dengan membantu pengguna memilih rangkaian perjalanan yang paling sesuai berdasarkan gabungan jangkaan waktu tiba (ETA) dan harga tol di sepanjang laluan,” Pengurus Produk Waze, Moriah Royz dilaporkan berkata.
Sebanyak 30,000 sukarelawan daripada Malaysia berperanan sebagai editor peta yang aktif telah terlibat dalam rekaan ciri khas ini.
Fungsi harga tol akan membantu para pemandu membuat keputusan perancangan yang lebih baik dengan memaparkan harga sebelum tiba di tol, membolehkan mereka membanding harga bagi pelbagai rangkaian perjalanan dan juga ETA agar mereka dapat membuat pilihan yang paling sesuai.
Harga tol ini boleh digunakan pada lorong HOV (kenderaan berpenumpang tinggi), tersedia secara automatik dan pengguna akan melihat tanda tol dalam perjalanan jika ia melibatkan jalan bertol.