Berita

KTMB Tawar 150,000 Tiket Untuk Pulang ke Ibu Negara

Sekiranya anda masih masih beraya di kampung dan ingin pulang tetapi tiada tiket, ini berita baik untuk anda.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menawarkan lebih 150,000 tiket kereta api bagi golongan yang ingin kembali ke ibu negara dengan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dan kereta api antara bandar KTM, selepas bercuti di kampung halaman sempena Aidilfitri.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat KTMB Ahmad Asri Khalbi dalam sebuah laporan berita tiket masih ada untuk mereka dari utara atau selatan ke Kuala Lumpur sehingga 16 Jun ini.

Tiket keretapi ini boleh ditempah secara dalam talian menerusi www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB Mobticket yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store.

Tiket juga boleh dibeli menerusi perkhidmatan kaunter di 105 stesen KTMB di seluruh Semenanjung Malaysia.

Orang ramai yang ingin pulang ke Kuala Lumpur disarankan untuk untuk mendapatkan tiket dengan segera kerana tiket dijual dengan kadar pantas berdasarkan permintaan yang tinggi.

Pihak KTMB juga memastikan setiap stesen dikawal ketat, terutama pada hari-hari puncak untuk penumpang kembali daripada cuti perayaan dengan polis ditempatkan di stesen utama seperti KL Sentral, Butterworth dan JB Sentral untuk keselamatan penumpang.

Pepatah Pepitih: Sebelum pulang beraya setiap tahun, aturkan rancangan anda untuk pergi dan pulang dengan selamat dan berjimat.

Gali Lagi:
1. Laporan Berita Harian: Klik Sini
2. Laman Web KTMB: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button