Malaysia Airlines Tawar Tambang Rendah Untuk Perjalanan Saat Akhir

Melalui tawaran ini, penumpang boleh memiliki tambang serendah RM339 pergi balik kelas ekonomi dan orang ramai boleh merancang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul daripada RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada RM2,899.
Dalam sebuah kenyataan, syarikat penerbangan negara itu turut menyatakan bahawa perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik juga ditawarkan daripada serendah RM69 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, daripada serendah RM99 ke Kuching dan daripada RM129 ke Kota Kinabalu.
Selain Fly Now Deals, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi tempat duduk kelas ‘standard’ dengan 10 kilogram tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain penggunaan Golden Lounge.