BeritaGaya Hidup

Ketahui Hak Anda dan Tiket Penerbangan

Selamat pulang daripada beraya. Ada antara kita yang memilih untuk pulang dengan menaiki kapalterbang. Ada beberapa berita yang kami paparkan baru-baru ini tentang perkembangan terbaru operasi syarikat penerbangan yang akan memberi kesan kepada pengguna, seperti tiada lagi elaun bagasi percuma untuk penumpang kelas ekonomi penerbangan Malaysia Airlines dan perihal levi penerbangan dikenakan kepada semua penerbangan antarabangsa. Semua ini memberi kesan kenaikan kos kepada pengguna perkhidmatan penerbangan.

Namun, baru-baru ini, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah membuat kenyataan tentang hak-hak pengguna.

Bermula bulan ini, syarikat penerbangan perlu mempamerkan harga muktamad tambang penerbangan bagi tujuan pengiklanan dan ketika pembelian tiket, selaras dengan pindaan terbaharu bagi Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) untuk melindungi hak penumpang.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Dr Nungsari Ahmad Radhi, berkata selaras dengan MACPC, syarikat penerbangan wajib memaparkan harga muktamad tiket penerbangan merangkumi tambang asas termasuk semua caj yang perlu dibayar kepada syarikat penerbangan, cukai dan fi yang dikenakan kerajaan; fi dan caj yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis serta surcaj bahan api.

Nungsari berkata langkah ini dapat menghapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.

Menurut MAVCOM lagi, dalam sebuah kenyataan media, pulangan (refunds) tiket penerbangan juga perlu dibayar balik kepada penumpang dalam tempoh 30 hari dari tarikh permintaan penumpang untuk bayaran balik.

Begitu juga, jika tiket itu dibeli melalui ejen pelancongan, syarikat penerbangan itu harus membayar balik agen perjalanan di dalam tempoh masa yang sama.

Pindaan juga meliputi bayaran balik kepada pengguna pada penumpang caj perkhidmatan, cukai, yuran, dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk kedua-duanya.

Syarikat penerbangan juga dibenarkan untuk mengenakan yuran pemprosesan maksima sebanyak 5 peratus jika tiket itu tidak boleh dikembalikan (non-refundable).

Pengendali lapangan terbang juga mesti memaparkan MACPC dengan jelas untuk pengguna sebagai rujukan, sementara syarikat penerbangan dikehendaki memaklumkan kepada pelancong mengenai hak mereka diatas semua platform.

Pindaan penuh MACPC 2019 boleh didapati menerusi halaman perundangan di laman web MAVCOM, www.mavcom.my.

Pepatah Pepitih: Ketahui hak anda untuk memastikan anda tidak menjadi mangsa ketidakadilan.

Gali Lagi:

  1. Laporan Berita Harian: Klik Sini
  2. Laman Web MAVCOM: Klik Sini

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button