Pulau Pangkor Bebas Cukai Bermula Tahun Depan

Pulau Pangkor telah diwartakan sebagai pulau bebas cukai seperti Pulau Langkawi bermula 1 Januari, 2020.
Pulau Pangkor juga turut dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam titah baginda minggu lalu menyeru kepada semua pihak agar mengambil manfaat status terbaru pulau ini, di mana agenda pembangunan Pulau Pangkor perlu diperhebatkan untuk kebaikan semua, terutamanya penduduk setempat.
Status zon bebas cukai ini dijangka akan merancakkan sektor pelancongan Pulau Pangkor dan menjadikan pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pada pembentangan Belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata status bebas cukai diberkan demi merealisasikan potensi sebenar Pulau Pangkor.
Selain daripada itu, kerajaan turut memperkembangkan zon bebas cukai di Pulau Langkawi.
Guan Eng ketika mengumumkan inisiatif mempergiat industri pelancongan itu berkata industri berkenaan menyumbang 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM201.4 bilion pada 2017.
Pepatah Pepitih: Kalau ingin bercuti, pilihan destinasi di dalam negara sebenarnya antara yang terbaik di dunia.
Gali Lagi: