Demam Jualan 11.11 Catat Rekod di Malaysia

Jualan “Singles’ Day” 11.11 mencatatkan rekod di negara ini menurut platform pulangan tunai dalam talian, ShopBack Malaysia.
Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Eddy Han berkata pihaknya menganggarkan pengguna ShopBack Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM20 juta untuk membeli-belah dalam talian pada Isnin, 11.11 yang lalu.
“Perbelanjaan purata bagi setiap pengguna Malaysia adalah kira-kira RM217 manakala pengguna berbelanja paling banyak telah membuat pesanan bernilai RM30,000 dengan Lenovo melalui ShopBack,” Han dilaporkan berkata.
Syarikat tersebut merekodkan pertumbuhan lebih 80 peratus tahun ini dari segi jualan bagi rakan kongsi e-dagangnya pada 11 Nov 2019, berbanding tahun lepas.
ShopBack bekerjasama dengan lebih 500 e-perniagaan termasuk Lazada, Shopee, ZALORA, Taobao Alibaba, Tmall and AliExpress, selain Agoda, Booking.com, KLOOK, TnG dan Boost.
Sementara itu, Lazada dalam satu kenyataan berkata, ia melepasi rekod jualan 11.11.2018 dalam tempoh 13 jam.
Lebih sejuta barang terjual pada jam pertama jualan dan bungkusan pertama dihantar kepada pelanggan pada jam 1:20 pagi.
Pepatah Pepitih: Mungkin anda juga mahu mula menjual barangan secara dalam talian? Tunggu siri artikel Pepitih tentang topik ini.
Gali Lagi:
—