Berita

Kerajaan Selaras Bantuan Kewangan Dalam Program Sinergi Sosial

Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah melancarkan Program Sinergi Sosial bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan ditawarkan agensi yang menyediakan manfaat keselamatan sosial di seluruh negara.

Program ini menyaksikan penglibatan 17 rakan strategik terdiri daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial. Jaringan ini memastikan perkongsian maklumat dan kerjasama antara agensi yang menguruskan bantuan dan inisiatif untuk golongan B40. Ini akan menyelaraskan bantuan kepada golongan B40 dan memastikan tiada yang tertinggal.

Menurut laporan berita, kesemua agensi itu akan bergabung di bawah satu platform yang membentuk satu jaringan keselamatan sosial holistik dan penyelesaian menyeluruh bagi rakyat Malaysia. Antara agensi yang terlibat ialah Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia.

Ia juga bertujuan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kadar kemiskinan rakyat serta menjadikan mereka berpengetahuan dalam pengurusan kewangan sistematik.

Pepatah Pepitih: Kalau anda dalam golongan B40, ada pelbagai insentif dan program bantuan kerajaan setiap tahun, daripada bantuan subsidi petrol, insuran kesihatan, pembelian rumah dan banyak lagi. Untuk tidak terlepas semua bantuan ini, sila baca Pepitih.

Gali Lagi:

  1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
  2. Laporan New Straits Times: Klik Sini

 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button