Simpanan

Surirumah, Balu dan Ibu Tunggal Berhak Mendapat RM480 Setahun Secara Percuma Daripada Kerajaan! Dapatkan Maklumat Penting Program Sukarela Insentif Suri (i-Suri KWSP)

Program iSuri KWSP telah dimulakan pada 15 Ogos 2018, bertujuan memberi peluang surirumah, balu dan ibu tunggal miskin untuk menikmati faedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).  i-Suri akan ditingkatkan mengikut fasa pada tahun 2019 dan 2020.

Fasa 1

  • Bermula 15 Ogos 2018
  • Terbuka untuk surirumah, balu dan ibu tunggal yang berdaftar dengan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Setiap caruman KWSP RM5 sebulan akan mendapat RM40 caruman daripada Kerajaan

Fasa 2

  • Bermula tahun 2019
  • Syarat kelayakan sama dengan Fasa 1
  • Setiap caruman KWSP RM5 sebulan akan mendapat RM40 caruman daripada Kerajaan
  • Tambahan RM10 daripada Kerajaan untuk PERKESO

Fasa 3

  • Dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun KWSP isteri
  • Tertakluk kepada pindaan akta, justeru butiran jelas akan dihebahkan selepas pindaan ini berjaya dilaksanakan

Sila semak kelayakan anda di pangkalan data e-Kasih di pautan ini. Pendaftaran i-Suri boleh dibuat di mana-mana cawangan KWSP.

Pepatah Pepitih: Caruman RM480 setahun dalam KWSP pada kadar dividen purata 6.42% (dividen purata 5 tahun terkini) akan menjana RM20,141.51 selepas 20 tahun atau RM43,978.31 selepas 30 tahun.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button