Bajet 2020: Manfaat Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana (M40)

Adakah golongan berpendapatan sederhana dipinggirkan dalam Bajet 2020 ini?
Setiap kali pembentangan bajet, soalan sebegini kerap diutarakan – terutamanya daripada golongan pekerja yang membayar cukai.
Bajet 2020 telah memperkenalkan beberapa inisiatif serta kelonggaran cukai demi memastikan kebajikan golongan berpendapatan sederhana atau M40 (pendapatan RM4360-9619/bulan) terpelihara.
Antara inisiatif-inisiatif tersebut:
1) Program Subsidi Petrol
Pemandu yang layak dan bukan penerima BSH akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
Kenderaan yang layak adalah kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun, atau motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah, atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.
2) Pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum persaraan bagi kos rawatan kesihatan dan kos perumahan, tanpa penalti cukai bagi pengeluaran awal.
3) Pencarum KWSP dapat mengeluarkan simpanan menerusi kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti invitro fertilisation (IVF).
4) Pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak dinaikkan kepada RM2,000.
5) Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 yang diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan
6) Vaksin pneumococcal diberikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira pendapatan (termasuk B40)
7) Rakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS.
8) Skim Perumahan Belia yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN) dilanjutkan mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021 untuk rumah pertama