Berita

CIMB, PLUS Jalin Kerjasama Untuk Pembayaran Tol

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS)memeterai perjanjian untuk menyediakan lebih pilihan pembayaran tol kepada pengguna lebuh raya PLUS seluruh negara .

Menerusi inisiatif yang akan diselia Touch ‘N Go Sdn Bhd, pengguna berpeluang membuat pembayaran melalui tag TnG RFID dengan akaun bank, kad kredit, kad debit atau e-wallet TnG.

“Memudahkan kaedah pembayaran tol menjadi keutamaan kami dengan pasukan CIMB bersama-sama pasukan TnG anak syarikat kami, komited untuk bekerjasama dengan PLUS, dan pada masa yang sama, syarikat konsesi lebuh raya lain untuk menjadikan Pembayaran Terbuka sebagai realiti yang boleh dicapai oleh semua rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam sebuah kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail turut dilaporkan berkata urus niaga RFID akan menjadi transaksi tepat masa dengan pelanggan lebuh raya akan menerima pemberitahuan segera mengenai baki mereka.

Pepatah Pepitih: Harapnya hubungan antara syarikat gergasi tidak akan menyusahkan pengguna biasa seperti kita. Sila pantau perkembangan ini dan yang lain dengan membaca Pepitih.

Gali Lagi:

  1. Laporan Bernama: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button