BeritaPelaburanSimpanan

i-Invest Beri Peluang Pencarum KWSP Kawal Pelaburan Sendiri

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kini boleh melabur dalam dana unit amanah tanpa perlu berurusan dengan ejen melalui saluran layan diri dalam talian i-Invest melalui i-Akaun (ahli).

Menurut KWSP dalam sebuah pengumuman baru-baru ini,  bagi ahli di bawah umur 55 tahun, pelaburan boleh dilakukan secara terus menggunakan sebahagian daripada jumlah simpanan yang layak dipindahkan daripada Akaun 1 dan akan dikenakan caj jualan serendah sifar hingga 0.5 peratus untuk setiap transaksi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tunku Alizakri Alias berkata, pencarum kini dapat mengawal pelaburan mereka sendiri.

Ahli KWSP boleh memindahkan daripada Akaun 1 sehingga 30 peratus daripada jumlah melebihi Simpanan Asas mengikut umur masing-masing untuk dilaburkan dalam dana yang layak.

“Mereka juga boleh membuka akaun untuk membuat pelaburan di dalam dana unit amanah melalui mana-mana IPD menggunakan kemudahan i-Invest,” beliau dipetik berkata dalam sebuah laporan berita.

Pepatah Pepitih: Bandingkan pulangan pelaburan lain dengan pulangan KWSP. Sekiranya lebih, bagus juga untuk melabur di tempat lain. Sekiranya tidak, baik simpan dalam KWSP.

Gali Lagi:

  1. Laporan Berita Harian: Klik Sini
  2. Pengumuman KWSP: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button