Berita

Pelajar IPT Boleh Menuntut Duit Bantuan Pelajar 2019 Bernilai RM100 Hari Ini!

Seramai 1.2 juta pelajar Institusi Pendidikan Tinggi akan mendapat duit bantuan pelajar 2019 berjumlah RM100 setiap seorang mulai hari ini. Bantuan ini akan disalurkan melalui Kad Diskaun Siswa daripada Bank Rakyat.

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) ini menelan belanja RM120 juta dan jumlah RM100 akan dikreditkan ke akaun siswa yang layak secara berperingkat menerusi Bank Rakyat (anda harus membuka akaun Bank Rakyat). Mereka yang sudah memiliki Kad Diskaun Siswa boleh memeriksa kelayakan mereka atau mengikut langkah-langkah di pautan ini.

Bagi siswa yang tiada Kad Diskaun Siswa, mereka boleh mula memohon Kad Diskaun Siswa mulai 1 April. Sila baca garis panduan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh tutup untuk menuntut BPPT ialah pada 31 Mei.


Pepatah Pepitih: Gunalah duit bantuan pelajar 2019 ini dengan bijak. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 sedang berlangsung di PWTC sebagai satu pilihan, atau gunakan untuk membeli kelengkapan pelajaran.


Gali Lagi:

  1. Semak kelayakan anda di laman Bank Rakyat: Klik Sini
  2. Semak garis panduan BPPT di laman KPM: Klik Sini
  3. Laporan Berita Harian: Klik Sini
  4. Laporan New Straits Times: Klik Sini
  5. Artikel asal kami: Klik Sini

Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close