Pemegang Saham Bank Rakyat Terima Dividen 13%

Pemegang saham Bank Rakyat akan menerima pembayaran dividen 13 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 berjumlah RM379 juta bermula 15 April.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kadar dividen ini telah dipersetujui susulan perbincangan dan mendapat persetujuan dengan Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank Rakyat mengumumkan dividen 16 peratus dengan anggaran pembayaran berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, iaitu tertinggi sejak 2012.
Menurut Redzuan lagi, prestasi memberangsangkan daripada Bank Rakyat menyebabkan ia mampu untuk memberikan kadar dividen yang tinggi walaupun keadaan ekonomi semasa sedikit lembap.
“Jika mendapat dividen 10 peratus pada masa ini, sudah dikira bagus.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana masih dapat memberikan dividen tinggi kepada anggota,” beliau dipetik berkata sedemikian melalui laporan akhbar Berita Harian.
Pepatah Pepitih: Ini untuk pemegang saham Bank Rakyat. Mungkin sudah tiba masa untuk sesetengah yang mampu untuk melabur dalam saham syarikat tempatan.
Gali Lagi: