Berita

Maybank Akan Mula Mengenakan Caj Untuk Pembayaran Hutang/Pinjaman Secara Tunai Atau Cek

Selepas Public Bank mengumumkan bahawa caj akan dikenakan kepada mereka yang membayar hutang atau pinjaman secara tunai atau cek, Maybank pula mengambil langkah yang sama.

Maybank akan mengenakan caj RM2 untuk semua jenis pembayaran tunai atau cek menerusi kaunter, dan 50 sen untuk pembayaran menerusi
Terminal Deposit Tunai (CDT), Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) dan Mesin Deposit Cek (CDM). Caj ini akan mula dikenakan pada 1 Oktober 2019.

Namun, caj tidak akan dikenakan kepada warga tua, warga kurang upaya atau mereka yang tiada capaian kepada akaun mereka. Semua pengguna akaun Maybank dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Maybank2u atau laman web Maybank2u untuk membuat semua jenis transaksi.


Pepatah Pepitih: Automasi sistem perbankan Malaysia dan langkah ke arah masyarakat tanpa tunai akan menyaksikan banyak khidmat layanan manusia digantikan dengan mesin atau komputer. Bersedialah menghadapi realiti ini.


Gali Lagi:

  1. Artikel asal The Malay Mail: Klik Sini
  2. Artikel kami tentang pengumuman Public Bank: Klik Sini
  3. Laman Web Maybank: Klik Sini
  4. Laman Web Maybank2U: Klik Sini
Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close