Berita

Harga Ubat-ubatan Bakal Diselia Kerajaan

Kerajaan telah bersetuju untuk mengawal harga ubat-ubatan bagi mengelakkannya menjadi terlalu mahal di pasaran.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sebuah laporan berita, pihak kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan harga ubat-ubatan akan digazet di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Kementerian akan menggunakan harga ubat diluar negara sebagai kayu ukur berbanding harga ubat yang lebih murah di negara-negara tertentu supaya harga tempatan tidak melebihi harga yang sepatutnya.
Negara-negara yang akan dirujuk masih belum diputuskan.
Harga siling akan diperoleh daripada purata tiga harga terendah yang kemudiannya akan dikenakan pada dua peringkat iaitu peringkat borong dan runcit di klinik, farmasi, dan hospital.
Laporan berita Malaysiakini turut berkata harga siling itu tidak akan jauh berbeza kerana ia akan ditetapkan berdasarkan harga sandaran seperti di Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Setakat ini, Dzulkefly berkata harga ubat-ubatan di Malaysia lebih tinggi daripada negara tersebut.
Beliau menjangkakan cadangan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.
Mekanisme kawalan bagi harga jualan siling kepada pengguna di semua saluran pendispensan telah dicadangkan oleh kerajaan pada November lalu.
Mekanisme ini bertujuan untuk menyelaraskan harga ubat dan memastikan akses ubat-ubatan mampu beli kepada rakyat.
Pepatah Pepitih: Negara Malaysia mempunyai antara sistem penjagaan kesihatan terbaik dunia dengan harga berpatutan. Gunakan dengan bijak.
Gali Lagi:
1. Artikel Malaysiakini: Klik Sini
2. Artikel The Malay Mail: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button