Berita

1.5 Juta Penjawat Awam Terima RM450 Bonus Aidilfitri

Jumaat ini, seramai 1.5 juta kakitangan kerajaan dari gred 56 dan kebawah akan menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM450 manakala sejumlah 800,000 pesara kerajaan bakal menerima RM225 bagi membantu persiapan menyambut perayaan ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam sebuah kenyataan media berkata selain daripada membantu golongan ini, bantuan atau bonus raya ini turut diberikan bagi menghargai jasa kakitangan awam serta pesara kerajaan.

Jumlah keseluruhan pembayaran khas ini menelan belanja sebanyak RM855 juta.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan membuat pembayaran bonus untuk penjawat awam.

Pengumuman itu dibuat susulan kenyataan daripada Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

CUEPACS juga sudah menghantar surat rasmi kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mempertimbangkan perkara tersebut.

Sebelum ini kerajaan negeri Penang, Perak, Selangor dan Pahang telah mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri dengan jumlah antara minimum RM500 hingga sebulan gaji, bergantung kepada prestasi ekonomi negeri masing -masing.

 

Pepatah Pepitih: Gunakan bonus Aidilfitri dengan bijak dan kurangkan pembaziran.

 

Gali Lagi:

 

  1. Laporan Berita Harian: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button