Cadangan Kenaikan Harga Konsultasi Klinik Swasta Bakal Dibentang Semula

Kementerian Kesihatan akan membentangkan semula cadangan kenaikan harga konsultasi di klinik-klinik swasta kepada antara RM 35 dan RM 125, selaras dengan yuran yang dikenakan di hospital-hospital swasta.
Buat masa ini, yuran konsultasi di klinik-klinik tersebut adalah sekitar RM10 dan RM35.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzullefly Ahmad berkata, pihaknya telah pun membentangkan cadangan ini pada April lalu namun Kabinet meminta supaya ianya dirujuk kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.
“Saya pernah bentang pada 24 April, bukan ditolak oleh kabinet tetapi mahukan saya bentangkan semula kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, dan akhirnya akan saya bentang balik di kabinet,” katanya dalam sebuah laporan berita setelah menghadiri sesi townhall bersama pengamal perubatan di Putrajaya baru-baru ini.
Sekiranya cadangan tersebut diluluskan kerajaan, rakyat Malaysia bakal membayar lebih untuk sebarang konsultasi kesihatan di klinik-klinik swasta.
Kali terakhir semakan harga untuk perkhidmatan ini dilakukan pada tahun 2006.
Walau bagaimanapun, Dr Dzulkefly berkata kerajaan perlu mengambil kira dan membuat keputusan bersama bagi memastikan hak rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) terpelihara.
Pepatah Pepitih: Fizikal sihat, kewangan selamat.
Gali Lagi: