BeritaGaya Hidup

Boost, Touch N Go Lancar Bazar Ramadan Tanpa Tunai

Sempena bulan Ramadan, syarikat e-wallet tempatan Boost telah bekerjasama dengan 45 Bazar Ramadan di seluruh negara, termasuk di Taman Tun Dr Ismail, Kelana Jaya, USJ 4 dan Taman Melati, untuk menawarkan pembayaran tanpa tunai untuk membeli barangan dan makanan di bazar tersebut.
Menurut ketua eksekutif Axiata Digital Services, Boost turut menawarkan wang tunai sehingga RM25 dan RM40 untuk penghantaran makanan melalui dahmakan dan DeliverEat.
Bukan itu sahaja, syarikat e-wallet ini memperkenalkan kod promosi ‘BOOSTGAYARAYA’, dan juga pulangan tunai RM18 apabila pengguna membeli pakaian raya di laman e-dagang Zalora dan melakukan pembayaran melalui Boost.
Boost turut bekerjasama dengan beberapa jenama lain, termasuk MimpiKita, Doublewoot, Isetan, Watsons dan pusat membeli-belah seperti Tesco, Publika dan Paradigm Mall Johor Bahru untuk menawarkan lebih banyak tawaran dan cashback.
Di samping itu, Boost juga memperkenalkan aplikasi untuk menyampaikan masa untuk solat dan berbuka puasa.
Sebuah lagi syarikat tempatan Touch N Go turut tidak melepaskan peluang melancarkan pembayaran tanpa tunai di Bazar Ramadan Kampung Baru. Pengguna boleh membayar menggunakan telefon pintar di lebih daripada 400 gerai di Bazaar Ramadan yang buat julung kalinya digelar Kampong Kashless.
Selain membuat pembayaran dengan Touch ‘n Go eWallet, pengguna boleh mendapat ganjaran dan wang tunai tambahan untuk urus niaga mereka. Touch ‘n Go juga menawarkan rebat tunai bernilai RM1,000,000 untuk dimenangi daripada lebih 50,000 peniaga dengan promo “Ketupat Runtuh”. Setiap kali pengguna membuat pembayaran dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM5, mereka boleh mendapatkan cashback segera sehingga RM1,000 antara 4 Mei dan 30 Jun, 2019.
Pepatah Pepitih: Tahun lepas boleh bari duit raya dalam talian. Tahun ini, membeli belah di bazar Ramadan pun boleh gunakan aplikasi tanpa tunai.
Gali Lagi:
1. Artikel The Edge: Klik Sini
2. Artikel The Malay Mail: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button