Berita

Subsidi Petrol Bersasar Diperluaskan

Kerajaan telah pun meluluskan pelaksanaan subsidi petrol bersasar mulai tahun hadapan, dimana ia akan dibayar secara tunai terus ke dalam akaun bank penerima yang layak.

Program ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di Semenanjung Malaysia.

Bagi rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan, walaupun mereka tidak menerima subsidi ini, kerajaan menetapkan harga petrol kekal RM2.08 seliter.

Penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria ditetapkan bakal menerima sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal, dan dibayar setiap empat bulan.

Bagi golongan kelas pertengahan atau M40, kerajaan telah mengumumkan pada Bajet 2020 bahawa mereka dapat menikmati subsidi 30sen/liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal dengan menggunakan Kad95.

“Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020. Kenderaan mewah tidak layak menikmati subsidi bersasar ini,” ujar Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini.

Pepatah Pepitih: Manfaatkan semua peruntukan yang ada. Rugi kalau tidak menuntutnya.

Gali Lagi:

  1. Laporan Harian Metro: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button