Berita

Kenaikan Harga RON95 Setiap Minggu Belum Diputuskan

Kerajaan masih belum memuktamadkan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak satu sen setiap minggu seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan.

“Kenaikan harga satu sen ini bukan perkara yang kita muktamadkan lagi, jadi semalam timbalan saya menjawab soalan tambahan, oleh itu dia menyebut mengenai cadangan kenaikan itu,” Saifuddin dilaporkan berkata.

Jika terdapat kenaikan harga petrol, pihak kementerian, katanya, perlu melihat apakah kesannya terhadap indeks harga pengguna dan inflasi.

Ujar Saifuddin lagi, penentuan asas harga petrol itu juga harus mengambil kira beberapa mekanisma antaranya kadar pertukaran mata wang asing dan harga minyak mentah pada masa itu.

Pepatah Pepitih: Sila pantau perkembangan ini dengan membaca berita kewangan peribadi terkini di Pepitih.

Gali Lagi:

  1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
  2. Laporan Harian Metro: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button