Berita

Harga Minyak Petrol dan Diesel Lebih Rendah Pada Tahun 2019

Menurut laporan akhbar, harga produk petroleum dunia akan turun pada tahun 2019, maka Kerajaan memutuskan untuk menggantikan sistem penetapan harga runcit bulanan produk petroleum dengan sistem mingguan.

RON95 dan Diesel bakal turun harga pada tahun 2019.
Gambar stok oleh
Gabriel Côté daripada Unsplash

Kerajaan juga menetapkan, harga minyak runcit akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

“Harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia diteruskan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ini bermakna, harga RON95 dijangka akan jatuh lebih rendah daripada takat RM2.20 sekarang.

“Pengekalan harga ini adalah sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada 2019,” kata Lim lagi.

Sila baca laporan penuh Harian Metro.

Pepatah Pepitih: Sila ikuti laman web ini untuk kemaskini harga RON95, RON97 dan Diesel terkini setiap minggu. Senarai harga ada di muka depan laman web kami.

Sumber
Harian Metro

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button