Berita

Lakukan Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Puspakom

Sempena musim perayaan ini, orang ramai berpeluang menikmati pemeriksaan kereta secara percuma demi memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman lebih selamat dan teratur.

PUSPAKOM Sdn Bhd (Puspakom) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) percuma kepada orang ramai 2019 bermula 24 Mei sehingga 2 Jun ini, di semua 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang yang dikhaskan untuk kenderaan berat sahaja) sepanjang waktu operasi pusat pemeriksaan masing-masing.

Dalam sebuah laporan berita, Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail, berkata kempen yang dinamakan #Drivesafenoregrets selama 10 hari ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan kenderaan khususnya kepada pemilik dan pemandu.

Unit bergerak PUSPAKOM, turut akan menjalankan pemeriksaan kenderaan percuma di beberapa kawasan terpilih iaitu di Pasar Awam Berapit, Pulau Pinang dan AEON Mall Nilai pada 26 Mei 2019, BHP Petrol, Karak pada 27 Mei 2019, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP), Putrajaya pada 28 Mei 2019, Petronas Kerteh, Kuala Terengganu pada 28 hingga 29 Mei 2019, UNISEL Bestari Jaya, Selangor pada 29 Mei 2019 dan Wisma DRB-HICOM, Shah Alam pada 30 Mei 2019.

Orang ramai boleh melayari laman web www.puspakom.com.my atau mengikuti Facebook Puspakom Sdn Bhd untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Kempen Pemeriksaan Kenderaan secara Sukarela Sempena Hari Raya 2019 ini.

 

Pepatah Pepitih: Pastikan anda selamat di jalan raya semasa musim perayaan ini.

 

Gali Lagi:

  1. Laman Web Puspakom: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button